Kisah pengorbanan seorang isteri bernama Siti Rohayu menjaga suaminya Muhamad Ridhwan Mohd Zaki, yang terlantar akibat kemalangan jalan raya pernah meraih perhatian ramai sekitar Ogos 2017.
Kesetiaan mendapat liputan meluas
Kesetiaan Umi berada di sisi suami di waktu yang sukar itu telah mendapat liputan beberapa portal dan akhbar terkenal tanah air.
Bagaimanapun, awal Mei lalu, siapa sangka ujian hebat datang menduga dalam rumahtangga mereka.
Menerusi satu posting di Facebook, Umi telah mendakwa dirinya difitnah berkhalwat dalam rumah sendiri sewaktu berada dalam bilik bersama suami.
Menurutnya lelaki bukan muhrim yang dikaitkan dengannya itu adalah adik angkat keluarga mereka sendiri. Sejak itu, banyak cerita-cerita lain timbul susulan dari kes tangkapan khalwatnya itu.
BACA : Mertua Tidak Bersalah? Netizen Cuba Dedahkan Hubungan Siti Rohayu Dengan Adik Angkat. Betul Ke?
Adakah ini perjuangan terakhir umi?
Baru-baru ini, wanita ini ada membuat status terbaruny. Antara coretan kata-katanya ialah;
“Adakah ini ini perjuangan terakhir umy? Serah pada Allah, Hanya dia yang berhak menilai keikhlasan Hati. Dari koma hingga sekarang jaga dengan penuh kasih sayang, setiap perkembangan di update untuk memberi semangat berkongsi pengalaman dengan semua.
Tapi sekarang semuanya disalah erti tapi takpe, redha dengan ape yang berlaku. Semoga aby bertambah sembuh.
Ramai yang kata umy menipu pasal kesihatan aby, kami ada surat hospital, follow up dekat hospital husm. Netizen yang baru mengenali kami terus mengecam kata umy gunakan aby.”