Seorang wanita yang merupakan peniaga makanan ditemui maut di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, semalam.

Peniaga COD Ditemui Maut, Disyaki Jadi Mangsa Bunuh

Mayat mangsa berusia 37 tahun itu dijumpai oleh seorang lelaki sekitar jam 12.45 tengah hari sebelum dia segera memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa. Berdasarkan maklumat saksi, wanita tersebut dipercayai tinggal di daerah itu dan menjalankan perniagaan makanan secara hantaran (COD).

Difahamkan, mangsa datang ke lokasi kejadian sekitar jam 7.30 malam hari sebelumnya untuk menghantar pesanan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Jika mempunyai maklumat berkaitan kes ini, mereka diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Kredit: Sinar Harian

 

[fbcomments]