Baru-baru ini isu tentang harga cekik darah yang dikenakan oleh sebuah premis makanan terhadap isteri selebriti tanah air iaitu Ekin Rahmat telah mendapat perhatian ramai. Selepas mendapat kecaman dan perdebatan ramai, pemilik kedai terbabit tampil memberi penjelasan dengan memuat naik satu video di laman TikTok.
@abangcinta_1 assalamualaikum saya kepada anak owner kedai yang viral tempoh hari..kepada abang mawi dan akak ikin..ini adalah video penerangan dari pihak kami..sekiranya abang dan akak tidak jelas tentang penerangan ini..sila datang berjumpa dengan kami.. @Ekinmawi aenn
Pemilik Kedai Beri Penjelasan
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @abangcinta_1 di laman TikTok, ia memaparkan seorang wanita tampil memberi penjelasan dengan berpegangkan sekeping kertas untuk menyatakan dengan lebih terperinci. Difahamkan, Ekin telah datang ke premis makanan tersebut bersama hampir 20 orang ahli keluarganya. Mereka datang ke gerai nombor 14 di sebuah medan selera pada petang Rabu.
“Makcik owner gerai nombor 14. Tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan. Pada hari Rabu 30 September, waktu petang, mereka telah datang lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak”, jelasnya.
Bukan Niat Nak Jatuhkan Perniagaan Orang, Tapi Harga Agak Cekik Darah
Ekin yang baru-baru ini mengalami satu detik yang penuh kejutan apabila beliau menerima bil sebanyak RM1,260 untuk hidangan makanan laut yang dia nikmati di sebuah restoran. Baginya, jumlah itu agak mengejutkan dan beliau hanya mampu merenung resit yang dihulurkan oleh pelayan. Difahamkan lagi, beliau memaklumkan bahawa dia hanya memesan dua ekor ikan dan beberapa menu makanan laut lain namun harga yang dikenakan amat diluar jangkaan.
Pemilik Kedai Beri Perincian Setiap Menu Dan Caj
Apabila perbalahan menjadi lebih serius, pemilik kedai ini di dalam video yang sama menjelaskan setiap perincian caj yang dikenakan terhadap Ekin dan hampir 20 ahli keluarganya yang lain.
Menurut penjelasan yang dinyatakan, Ekin dan keluarganya telah membuat pesanan seperti pari bakar, siakap 3 rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, siput gongong dan ketam.
“Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja, sebenarnya total enam hidang”, kata pemilik restoran tersebut.
Setelah menjelaskan setiap harga makanan yang dipesan Ekin, pemilik kedai tersebut pada akhir kata mengatakan dirinya bersedia untuk berjumpa dengan Ekin sekeluarga sekiranya mereka masih belum jelas mengenai harga yang dikenakan.
Kredit: TikTok abangcinta_1