fbpx

Penyanyi terkenal Malaysia iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza difahamkan telah membina sebuah sekolah kanak-kanak yang diberi nama Afwa Al-Aafiyah di Gaza, Palestin yang dibangunkan menerusi Yayasan Nurjiwa dibawah naungan beliau dan suami.

Buka Sekolah Di Gaza Untuk Kanak-Kanak Di Sana

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Utusan Malaysia, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil sebagai Tok Ti meluahkan hasratnya untuk melawat sekolah yang ditubuhkan sejak Oktober 2021 lalu, namun terpaksa ditangguhkan atas sebab kawasan Gaza masih bergolak dan berisiko tinggi.

“Alhamdulillah, buat masa ini sekolah kanak-kanak Afwa Al-Afiyah mempunyai lebih 50 orang pelajar. Kami sediakan segala keperluan pembelajaran peringkat awal untuk mereka dalam bidang al-Quran dan akademik. Kami juga menyediakan serta memastikan infrastruktur pendidikan dan pembelajaran dalam keadaan yang baik dan mencukupi. Ramai kanak-kanak di Gaza mempunyai impian ingin menimba ilmu di sekolah. Cuma, situasi keselamatan mereka masih berhadapan peperangan,” katanya.

Berharap Sekolah Itu Tidak Dibom Israel

Pada masa yang sama, Tok Ti juga berharap agar sekolah yang dibina sejak 2021 itu tidak dibom oleh zionis kerana ianya adalah peluang untuk kanak-kanak Palestin mendapatkan pendidikan awal dalam bangunan sekolah lebih selesa yang disediakan. Walaupun keadaan di Palestin berada dalam keadaan genting akibat serangan Zionis Israel, beliau berharap agar kanak-kanak disana tidak terbunuh lagi dan sentiasa dilindungi.

Kredit: Utusan Malaysia, Twitter (X) arfdy12

 

[fbcomments]