Penyanyi terkenal tanah air, Dato’ Seri Siti Nurhaliza memuat naik kondominium mewahnya di Dubai semalam.

Walaupun sekadar menulis kapsyen, “Alhamdulillah, home sweet home”, persoalan netizen terbukti apabila anak tirinya, Asyraf Khalid mengucapkan ucapan tahniah kepada penyanyi itu kerana berjaya memiliki rumah pertama di Dubai.

Sumber:Instagram story @ctdk

Asyraf Khalid berkata dalam hantaranya “Tahniah Mak Iti atas kejayaan memiliki rumah pertama di Dubai”

Usahawan itu juga sempat meluahkan perasaan gembira dan bangga akan kejayaan mak tirinya itu.

“Kejayaan ini memberikan inspirasi kepada saya dan Tya.

“Doakan satu hari nanti, Ap pun boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Ap doakan Allah akan murahkan lagi rezeki Ayah & Mak Iti.

Sumber:Instagram story @asyrafkhalid

“Mak iti memang layak untuk menerima semua ini atas segala usaha dan penat lelah dalam meningkatkan lagi kerjaya seni Mak Iti,” tulis Asyraf.

Sempat juga Asyraf berseloroh dengan mengatakan dia kini tidak perlu menyewa hotel lagi sekiranya dia ke Dubai selepas ini.

“Lepas ni kalau ke Dubai, tak payah la sewa hotel dah.”

Kediaman Dato’ Siti ini dipercayai terletak di The Address Residences. Ianya terletak di pusat bandar Dubai dan dikelilingi bangunan pencakar langit.

Hasil carian di Internet mendapati satu unit di situ beranggaran dari RM 10 juta ke RM 20 juta.

Sumber: Instagram @ctdk dan @asyrafkhalid

[fbcomments]