fbpx

Mohamad Aniq Kasdan iaitu atlet angkat berat negara telah mencipta sensasi dalam kategori 61kg di Olimpik Paris 2024 pada malam tadi.

Walaupun gagal meraih pingat, Aniq berjaya mencatatkan rekod kebangsaan baharu dengan angkatan keseluruhan 297kg, hanya satu kilogram di belakang pesaing terdekatnya. Pencapaian luar biasa anak muda dari Segamat, Johor ini mendapat pujian ramai netizen yang bangga dengan usahanya.

Video di bawah:

https://x.com/ASTROARENA/status/1810656478510117100

Datuk Angkat Balak, Cucu Angkat Besi

Kejayaan Aniq mendapat perhatian apabila video latar belakangnya kembali tular, mendedahkan warisan kekuatan fizikal yang luar biasa daripada arwah datuknya.

Dalam video yang dirakam oleh Astro Arena, Aniq berkongsi kisah tentang bagaimana penduduk kampung sering mengatakan dia mewarisi kekuatan datuknya yang pernah mengangkat kayu balak seorang diri.

“Orang-orang kampung ni banyak orang-orang lama. Jadi bila saya main sukan angkat berat ni, ada orang-orang tua ni panggil saya cakap saya ini ikut arwah datuk saya.

“Mereka cakap ilmu datuk saya ni turun dekat saya. Tapi saya tanya sebab apa, mereka kata dulu datuk saya pun memang kuat angkat kayu balak seorang diri. Itu apa yang saya dengar sendiri lah,” katanya.

Dalam acara angkat berat 61kg itu, Li Fabin dari China berjaya mempertahankan pingat emas dengan jumlah angkatan 310kg, sementara perak dan gangsa dimenangi oleh Theerapong Silachai dari Thailand dengan 303kg dan Hampton Morris dari Amerika Syarikat dengan 298kg.

Pencapaian Aniq yang menduduki tempat keempat menunjukkan potensi besar yang dimilikinya, dan rakyat Malaysia terus memberikan sokongan padu serta berharap untuk melihat lebih banyak kejayaan daripadanya di masa hadapan.

Kredit: X fnasrom, Astro Arena

[fbcomments]