fbpx

Datuk kepada kanak-kanak lelaki autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Zahari Mohd Reba mendedahkan bahawa beliau sudah melantik peguam baharu bagi mewakili ibu bapa kanak-kanak terbabit yang kini berada dalam tahanan akibat direman.

Datuk Lantik Peguam Baru, Tak Dibenarkan Beri Sebarang Kenyataan

Menurut laporan Harian Metro, Zahari memilih untuk tidak memberikan sebarang komen tambahan mengenai isu tersebut. Difahamkan, peguamnya telah menasihatkan agar dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan sebarang komplikasi undang-undang yang mungkin timbul.

Beliau melantik peguam baharu susulan peguam Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co menarik diri daripada mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan disebabkan terdapat kes lain yang harus beliau kendalikan.

“Maaf ya… buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam,” katanya.

Sebelum ini, ibu bapa Zayn Rayyan telah ditahan di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu dan direman selama tujuh hari berdasarkan beberapa perkembangan terbaharu siasatan polis.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang berusia 28 tahun itu telah ditahan sekitar jam 10.05 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]