fbpx

Debaran detik bergelar tunangan orang bertukar menjadi situasi cemas apabila seorang gadis yang bernama Noor Asikin Mad Tarmizi, 28, terkunci di dalam bilik selama 20 minit semasa hari pertunangannya baru-baru ini.

@ngionggggg

time nak keluar sarung cincin lah pintu buat hal tak boleh bukak🤣 macam mana kita ni tak shikhakshok 😭 thankyou family& sedara mara yg byk tlg ❤️🤍#engagement

♬ Shik Shak Shok – Hassan Abu El So’oud

Gadis Terkunci Dalam Bilik Ketika Majlis Pertunangan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ngiongggg di laman TikTok, dapat dilihat orang ramai yang berada di rumah wanita tersebut yang berlokasi di Felda Lurah Bilut sedang mencuba membuka pintu bilik memandangkan tetamu semua sudah datang bertujuan untuk menyarung cincin pertunangan.

Noor Asikin memaklumkan kejadian tersebut berlaku pada 20 April yang lalu sewaktu ibu kepada bakal tunang datang untuk menyarung cincin tanda kepadanya. Difahamkan, Asikin yang berada di dalam bilik bersama anak saudaranya tidak menyangka dia terkunci dari dalam sehingga diberitahu oleh ahli keluarga yang menghantar mesej dan membuat panggilan kepadanya.

“Waktu itu memang berdebar kerana tunggu nak disarung cincin tapi tak sangka pula akhirnya perasaan itu bertukar jadi panik apabila pintu tak dapat dibuka. Mereka yang diluar ingat saya kunci pintu sampai hantar mesej dan telefon untuk minta buka sedangkan saya pun terkunci malah tak boleh buka daripada dalam.

“Daripada berdebar, perasaan saya terus bertukar jadi panik dan puas abang saya cuba buka pintu daripada luar. Lega saya kerana dia berjaya walaupun hampir setengah jam juga mencuba dan ikutkan pintu bilik itu tidak pernah buat hal namun entah kenapa jadi begitu tempoh hari,” katanya ketika dihubungi.

Bersyukur Majlis Berjalan Lancar, Teringat Momen Mencuit Hati

Walaupun begitu, Noor Asikin meluahkan rasa syukur kerana majlis pertunangannya berjalan dengan lancar dan kini sudah bergelar tunangan orang dan merancang untuk diperisterikan pada tahun hadapan.

Kata Asikin lagi, mereka sekeluarga telah menonton semula rakaman tersebut pada malam hari dan masing-masing tergelak mengenangkan semula kejadian mencemaskan itu.

“Saya kemudian muat naik di TikTok sebagai kenangan dan tak sangka boleh tular hingga video dirakam rakan itu meraih lebih 900,000 tontonan. Ada baca juga komen dan ramai cakap apa yang berlaku dugaan pertunangan saya dan ada juga kata ujian saya awal walaupun baru nak bertunang. Tapi saya tak fikir negatif pun malah anggap ia detik indah yang tak akan dilupakan sampai bila-bila,” ceritanya.

Kredit: TikTok ngiongggg, Harian Metro

[fbcomments]