Seorang pengantin perempuan dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 dua minggu selepas bernikah.
Menurut laporan media Indonesia, pengantin perempuan tersebut pulang dari Jakarta dua hari sebelum majlis perkahwinan yang diadakan pada 24 Oktober lalu.

Ingin lansungkan perkahwinan
Semasa tiba di kampungnya, dia mengadu sakit dan dibawa berjumpa doktor.
Disebabkan keadaannya itu, doktor telah mengarahkan supaya dia dirawat di hospital namun dia menolak permintaan itu kerana ingin melansungkan majlis perkahwinan.
Kemudian, pada 26 Oktober, kedua-dua mempelai berangkat ke Wonogiri selepas akad nikah untuk ke majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki pula.

Namun semasa dalam perjalanan tu, tiba-tiba pengantin perempuan mengadu sakit. Dia terus dibawa ke hospital dan hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor di sana mengesahkan bahawa dia telah positif COVID-19.
Meninggal dunia
Dia yang juga mempunyai sejarah penyakit asma menjalani kuarantin dan meninggal dunia pada 5 November lalu.
Bukan hanya dia sahaja, malah ibu bapanya juga dilaporkan positif COVID-19 dan meninggal dunia. Difahamkan lagi, ibunya meninggal dunia pada 6 November dan bapanya pada 9 November lalu.

Pejabat Kesihatan Kabupaten Sragen mengatakan bahawa dari hasil siasatan, ketiga-tiga pesakit COVID-19 yang meninggal tersebut mempunyai kontak rapat dengan 113 orang yang lain dan kini kesemua mereka perlu menjalani ujian swab secara bertahap.