Menjadi seorang penghantar makanan pada masa kini tidak kira lagi dari segi umur, mahupun muda ataupun tua.

Baru-baru ini tular satu video kelakar yang dimuatnaik oleh @yayaohyaya berkenaan bapanya menjadi rider untuk menghantar makanan kepadanya dan ia telah menarik perhatian ramai warganet untuk menyumbang tawa sekeliling.

@yayaohyaya

POV : bila bapak kau delivery order kau😂😂

♬ Funny – Gold-Tiger

“Bila Bapak Kau Delivery Order Kau”

“Pakcik hantar McD ke pakcik? Eh pakcik saya dapat order apa pakcik?”, gurauan pemilik video itu sambil merakam bapanya yang dilihat curi-curi meminum air yang dipesan olehnya.

Video yang dimuat naik pada hari Ahad itu telah meraih 467 ribu tontonan di TikTok bersama 45.1 ribu likes.

Comel Perangai Bapanya

Mencelah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua beranak itu. Ada yang menyuruh buat “complain” kerana bapanya merasmikan air pelanggan dahulu, dan ada yang suka melihat reaksi bapanya apabila mengetahui pesanan yang dibuat itu adalah untuk anaknya sendiri.

Kredit: TikTok yayaohyaya

[fbcomments]