Kalau sebut saja pasal abang FoodPanda, mesti akan teringat mereka sering mejadi hero Malaysia dalam membantu misi-misi yang tidak dijangka. Namun pada kali ini, abang FoodPanda ini lari sedikit dari tema yang mereka selalu peroleh, iaitu mereka mengikuti trend merakam diri sendiri bersama strangers di dalam lif dengan menggunakan sound drama Perempuan Itu yang kian viral di platform tersebut.

Confident Yang Dicemburui Orang Ramai

ā€œIngatkan yang lain tu member, rupanya bukanā€, antara komen yang ditinggalkan oleh netizen bagi memberi reaksi kepada video tersebut. Ramai yang menyangka bahawa kesemua orang yang berada dalam lif itu adalah kawan kepada abang FoodPanda, tetapi bila dilihat semula, mereka agak janggal dengan kelakuan yang dilakukan oleh beliau.

Berdasarkan video yang dimuatnaik itu, mereka yang terlihat bersama abang FoodPanda adalah orang warga asing, di mana itulah yang membawa punca video berkenaan mendadak naik kerana sifat keyakinan yang ada pada abang panda tersebut merakam dengan muka yang serius sambil menghayati watak tersakiti bagi karakter sound yang digunakan.

Hati Kau Memang Keras Dik

Mencelah di ruangan komen, netizen yang melihat video ini rata-rata geli hati dengan tindakan beliau. Videonya yang sudah mencecah 2 juta tontonan, 156 ribu likes dan 10.8 ribu komen telah memberi bermacam reaksi kelakar yang ditinggalkan.

Kredit: TikTok emychachacha

[fbcomments]