Tak serik malah langsung tidak hiraukan kebimbangan penularan Covid-19 yang semakin serius!
Itulah sikap segelintir masyarakat Singapura yang sanggup beratur panjang mahu membeli bubble tea sehingga mengabaikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Baru-baru ini tersebar gambar segelintir rakyat Singapura menyerbu kedai dan cawangan bubble tea di kawasan terdekat mereka serta sanggup beratur panjang demi mendapatkan bubble tea.
Difahamkan, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura (MTI) mengumumkan kedai dan cawangan yang jual makanan ringan dan pencuci mulut seperti teh boba, jus buah, dan smoothies akan mula ditutup sehingga 1 Jun 2020.
Berikutan itu, segelintir rakyat Singapura menyerbu kedai-kedai bubble tea sebelum kedai tersebut ditutup sementara.