Demi cinta, seorang lelaki sanggup menyamar menjadi wanita untuk menduduki peperiksaan di Universiti Sains Kesihatan Baba Farid, India bagi pihak kekasihnya.

Sanggup Pakai Alat Solek

Berdasarkan sumber yang dilihat dari India.com, difahamkan Angrez Singh berpakaian seperti wanita sambil memakai alat solek, gelang, bindi dan salwar kameez untuk menyamar sebagai kekasihnya iaitu Paramjit Kaur.

Menurut pegawai bertugas, Singh telah memalsukan identitinya dengan menggunakan kad pengundi palsu utnuk menduduki peperiksaan pengambilan pekerja kesihatan pelbagai guna bagi menggantikan Kaur. Namun penyamaran Singh akhirnya terbongkar apabila beliau ditangkap akibat cap cari tidak sepadan dengan calon yang sebenar pada peranti biometrik.

Tidak Bertindak Sendirian, Terima Bantuan Profesional

Berdasarkan dokumen pengenalan diri dan ID pengundi palsu, pihak polis memaklumkan bahawa Singh tidak bertindak sendirian dan menerima bantuan profesional.

“Angrez Singh menyamar sebagai calon wanita yang dikenali sebagai Paramjit Kaur, seorang penduduk Fazilka. Dia telah ditangkap dan pencalonan calon sebenar juga tidak sah,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai kanan polis memberitahu bahawa satu kes telah didaftarkan ke atas Angrez Singh berdasarkan aduan yang difailkan oleh universiti terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Satu kes telah didaftarkan berdasarkan aduan yang diterima daripada Universiti Sains Kesihatan Baba Farid. Siasatan sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil sebaik sahaja semua fakta terbongkar,” ujarnya.

Kredit: India.com

[fbcomments]