Seperti yang kita tahu, donut peach sedang hangat dijual dipasaran. Ianya yang diungkap sedap dan manis telah menjadi kegilaan netizen untuk mencubanya sekali. Namun baru-baru ini seorang wanita yang dikenali sebagai @sherynaaa02 telah memuat naik video di laman TikTok bagaimana beliau hampir kehilangan nyawa setelah mencuba makan donut peach viral ini.

@sherynaaa02

Tak semua orang boleh makan , orang itu adalah aku ๐Ÿ˜ญ sekali makan , dalam 15 minit , sebu muntah2 , naik biji2 gatal2 ๐Ÿ˜ฅ terus kena gi emergency , kena inject baru jadi manusia balik ๐Ÿ˜ข kalau tak inject macam beruk weh dok garu2 ๐Ÿ˜“ ini pengalaman aku makan buah viral , berbaki lagi 3 biji aku nak suruh laki aku ja la makan ๐Ÿ˜‘ sekian luahan dari aku , byeee #donutpeachviral #elergikalahan #emergencycases

โ™ฌ suara asli – ๐™en ๐˜ฝkan ๐™Žad๐˜ฝoy๐ŸŽญ – ๐™en ๐˜ฝkan ๐™Žad๐˜ฝoy๐ŸŽญ

Tak Semua Orang Boleh Makan

“Tak semua orang boleh makan, orang itu adalah aku. Sekali makan, dalam 15 minit sebu muntah-muntah, naik biji-biji gatal, terus kena pergi emergency”, kapsyen yang ditulis oleh Sherynaaa selepas beliau hanya mencuba makan sebiji donut peach ini.

Beliau juga mengatakan bahawa beliau terpaksa menerima suntikan kerana sudah tidak tahan untuk menggaru badan yang gatal akibat alahan dengan buah tersebut. Berdasarkan video yang dikongsikan, beliau hanya memakan sebiji sahaja dan selebihnya beliau memberikan kepada suaminya untuk menghabiskan.

@sherynaaa02

Membalas kepada @kakakyun doc cakap stop garu2 , tapi sumpah xleh stop .. muka rasa pedih2 , perut sebu angin xkuar … Muntah2 lagi . Makan buah tu xlama pun . Dalam 15 minit mcm tu ja terus rasa effect . Ini pengalaman saya makan buab donut peach viral tu , lain org lain rasanya . Bila jadi mcm ni sya pun tak sangka , memang sesak nafas dah rasa mcm separuh nyawa ๐Ÿ˜ฅ nasib suami ada baru balik keja , kalau tak xtahu laa mcm mana ๐Ÿ˜ซ bkan sya gila2 nak terjebak sbab viral , kwan sya bagi sya hargai , sya pun tak salahkan dia . Harap jelas yaaa #donutpeachviral #emergencycases #elergikalahan

โ™ฌ suara asli – ๐Ÿ–‡๐“ญ๐“ญ_๐“ฎ๐“ท๐”‚ใ€ฝ๏ธ – ๐™™๐™š๐™™๐™š ๐™š๐™ฃ๐™ฎ ๐™ข๐™ช๐™จ๐™ž๐™˜

Macam-Macam Kesan Sampingan Selepas Makan Buah Peach Ni

“Doktor cakap stop garu-garu, tapi sumpah tak boleh stop. Muka rasa pedih, perut sebu angin tak keluar. muntah-muntah lagi.. Makan buah tu tak lama pun, dalam 15 minit macam tu je terus rasa effect“, jelas beliau sekali lagi membalas komen-komen netizen yang terkena nasib yang sama.

“Bila jadi macam ni saya pun tak sangka, memang sesak nafas dah rasa macam separuh nyawa.. nasib suami baru balik kerja, kalau tak taktahula macam mana”, tambahnya lagi yang juga mengatakan beliau bukan terjebak sebab makanan ini tular tetapi diberi oleh kawannya.

Ramai Lagi Yang Sama Nasib

Menjengah di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang juga menghadapi nasib yang sama. Mereka turut berasa sebu perut, mual-mual dan naik ruam di bahagian tangan sehingga menyebabkan gatal-gatal berpanjangan.

Kredit: TikTok Sherynaaa02

[fbcomments]