fbpx

Demi mencari sesuap nasi dan rezeki yang halal, pastinya setiap individu akan buat apa sahaja demi menampung diri serta keluarga. Tidak kiralah di mana jua pekerjaan itu terletak, diri ini terpaksalah berkorban untuk berhijrah demi kebaikan dan masa depan yang cerah.

Begitulah yang terjadi kepada sebuah keluarga yang terpaksa meredah sejauh 300KM untuk menuju ke tempat pekerjaan dengan hanya menaiki motosikal bersama anak-anak dibonceng sekali.

Terpaksa Redah Lebih Kurang 300KM Setiap Hari

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik oleh @SyahmiSarif di laman Facebook, ia menceritakan sepasang suami isteri bersama tiga orang anaknya yang masih kecil terpaksa mengharungi perjalanan sejauh lebih kurang 300KM dengan hanya menunggang motosikal dari Temerloh ke Terengganu. Meskipun jarak yang dilalui amat jauh dari rumah ke tempat kerja, namun keadaan yang memaksa untuk mereka tetap bertahan demi memenuhi segala keperluan keluarga.

“Ini kali pertama saya jumpa orang bawa motor lima beranak dengan baby lagi. Saya berhenti tanya, dari mana. Dia beritahu dari Temerloh, datang Terengganu sebab nak pergi tempat kerja. Terkejut saya, dari Temerloh dengan anak-anak lagi. Tak boleh bayang lenguh tangan mak dia dukung baby atas motor”, tulis Syahmi dalam perkongsiannya di Facebook.

Meskipun Sudah Ditawarkan Pertolongan, Lelaki Ini Menolak Dengan Baik

Disebabkan sifat empati terlalu kuat dalam diri, Syahmi langsung mempelawa untuk menumpangkan dua anak mereka untuk menaiki motosikal bersamanya. Walaupun begitu, pasangan tersebut menolak pelawaan tersebut dengan baik dan meneruskan perjalanan mereka.

“Saya kejar lepas tu berhenti pula di depan dia. Tanya dia okay tak? Tawar sekali lagi nak tolong bawa anak dia. Sekali lagi dia senyum sambil kata ‘takpe bang..takpe bang’. Lepastu mereka berlalu. Dengan tengah hujan lagi, dengan lori-lori besar lalu. Saya tak sedap duduk rasanya. Saya follow motor dia daripada belakang takut jadi apa-apa. Sambil follow, teringat pula macam mana susah payah mak ayah saya jaga saya dulu-dulu”, katanya lagi sambil memberitahu lelaki tersebut bekerja di sebuah restoran.

Sebak Tengok Keadaan Mereka Sekeluarga

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut rasa sebak melihat pengorbanan mereka sekeluarga demi menampung keperluan untuk hidup selesa. Ramai juga diantara mereka yang tidak henti mendoakan agar keluarga ini dipermudahkan segala urusan dan jika berpeluang mereka juga mahu menghulurkan sedikit bantuan.

Kredit: Facebook Syahmi Sarif

[fbcomments]