Pelakon tanah air iaitu Zul Yahya mendedahkan bahawa beliau sedang melakukan Kayuhan Insan bagi mengutip dana untuk masyarakat di Palestin sejak 21 Oktober yang lalu.

@yanghiduppastimati

#satuhatidemipalestine #SAVEGAZAPALESTIN #SAVEALAQSA

♬ Atouna El Toufoule – Embun Senja

Teruskan Berdoa

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @yanghiduppastimati iaitu akaun TikTok Zul Yahya, beliau melakukan kayuhan tersebut bermula dari Ipoh, Perak ke Johor Bahru. Pada masa yang sama juga, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terus mendoakan kesejahteraannya sepanjang Kayuhan Insan dilaksanakan.

“Saya minta maaf. Saya tengah berkayuh dan sedang dalam perjalanan ke Batu Pahat, Johor. Teruskan berdoa semoga setiap kebaikan kita diterima Allah SWT dan menjadikan kayuhan ini asbab orang lain memberi pertolongan kepada penduduk di Gaza”, katanya.

Melakukan Kayuhan Insan Demi Solidariti Buat Palestin

Sebelum ini, Zul Yahya memberitahu kepada khalayak ramai bahawa beliau melakukan kayuhan amal itu demi menunjukkan solidariti buat Palestin.

“Usaha saya yang kecil ini bagi menaikkan semangat dan sokongan kita kepada rakyat Palestin. Saya juga membawa tabung sumbangan untuk sama-sama berkongsi rezeki kepada saudara di Palestin. Ayuh! Kibarkan bendera Palestin di rumah dan premis anda tanda sokongan serta semangat kita kepada rakyat di sana”, jelasnya lagi.

Kredit: TikTok yanghiduppastimati (Zul Yahya)

[fbcomments]