fbpx

Pelakon terkenal Shaheizy Sam Abdul Samad, telah membuat keputusan untuk menambah berat badannya lebih daripada 20 kilogram demi menjayakan watak dalam filem terbarunya, yang masih dirahsiakan. Dalam usaha ini, Sam menghabiskan tempoh selama empat bulan untuk menaikkan berat badannya dari 70 kilogram kepada lebih 90 kilogram.

@norainibasre88

#shaheizysam #zizieezette #norainibasreshop #norainibasre #binafshasweet #artismalaysia

♬ bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

Terpaksa Makan Makanan Tak Sihat Demi Menjayakan Watak Dalam Filem Terbarunya

Menurut Sam, untuk mencapai sasaran ini, beliau terpaksa mengamalkan pemakanan yang tidak sihat, termasuk mengambil makanan tinggi lemak, gula, dan minyak, seperti burger dan ais krim. Perubahan yang drastik ini telah memberikan kesan ketara kepada kesihatannya, di mana beliau mengalami keletihan yang luar biasa, mudah berpeluh, serta sering berasa mengantuk.

Sebelum ini, pelakon berusia 41 tahun ini juga pernah melalui situasi serupa pada tahun 2020 ketika membintangi filem psikologi thriller berjudul Indera. Sam menjelaskan bahawa dedikasinya terhadap seni lakonan mendorongnya untuk melakukan pelbagai perkara demi menjiwai watak yang diberikan.

Namun, beliau menegaskan bahawa setelah selesai dengan projek ini, dia akan berusaha untuk mengembalikan berat badan asalnya demi menjaga kesihatan. Tambahan pula, beliau baru sahaja melancarkan produk penurunan berat badan dan merasakan penting untuk kembali kepada berat asal bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap dirinya.

Dalam pada itu, Sam juga berkongsi bahawa isterinya, pelakon Syatilla Melvin, turut merasa gembira dengan perubahan berat badannya. Menurutnya, kebahagiaan isterinya bukan disebabkan kecenderungan untuk melihatnya bertubuh lebih besar, tetapi kerana mereka dapat menikmati waktu makan bersama.

Ketika menjalani diet, Sam tidak dapat menikmati masakan isterinya yang membuatkan mereka merindui saat-saat berkongsi hidangan.

Dari sudut pandangan keluarga, kakak Sam iaitu Datin Seri Zizie Izette, 44, juga memuji kesungguhan adiknya dalam menaikkan berat badan demi memenuhi tuntutan kerjanya. Zizie yakin bahawa dengan dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh Sam, dia mampu menurunkan semula berat badannya setelah selesai dengan tanggungjawab yang dipegangnya.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]