fbpx

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun mengalami penderitaan selama hampir setahun akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya setelah kerusi yang ingin didudukinya ditarik oleh seorang kenalannya.

Insiden tersebut dikongsikan oleh ibunya, Azera Yazid, 36, melalui platform TikTok di akaun @azera5276.

Derita Sakit Tulang Belakang Akibat Kerusi Ditarik Kawan

Dalam perkongsian tersebut, Azera menceritakan bagaimana kehidupan keluarganya berubah sepenuhnya selepas insiden yang berlaku setahun yang lalu.

Kesan kecederaan tersebut bukan sahaja mempengaruhi fizikal anaknya, Puteri Nor Atiqah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Iqa, tetapi juga perkembangan emosinya.

Azera menjelaskan bahawa Kak Iqa masih perlu menjalani rawatan secara berkala dan sering dimasukkan ke wad apabila diperlukan.

“Selepas jatuh pada hari itu, Kak Iqa mengalami patah tulang coccyx, disc bulge, dan bone bruise,” katanya.

Keadaan fizikal Kak Iqa yang memerlukan rawatan berterusan turut memberi kesan kepada keadaan emosinya, di mana trauma akibat insiden tersebut masih menghantui.

“Kak Iqa sekarang mengalami gangguan emosi akibat trauma itu, dia menjadi takut untuk bertemu orang lain,” jelas Azera.

Akibat daripada trauma tersebut, hubungan Kak Iqa dengan adik-beradiknya juga menjadi renggang, dan dia lebih banyak menghabiskan masa di biliknya sendiri.

Azera berharap agar keadaan kesihatan anak sulungnya akan bertambah baik dan pulih sepenuhnya.

“Kes ini sedang berjalan di mahkamah. Saya harap Kak Iqa akan semakin pulih, tetapi yang paling penting adalah keadaan emosinya. Saya berharap dia dapat menenangkan dirinya,” katanya lagi.

Meskipun perjalanan pemulihan masih panjang, Azera dan keluarganya tetap optimis bahawa Kak Iqa akan dapat mengatasi trauma yang dialaminya dan kembali menikmati kehidupan seperti sediakala.

Kredit: Sinar Harian

 

[fbcomments]