Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 di mana rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan corak dan reka bentuk yang dikatakan tidak mencapai standard sewajarnya untuk dipakai oleh atlet Malaysia.
Netizen Kecewa Design Baju Buruk
Difahamkan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah melancarkan pakaian rasmi yang akan dikenakan oleh atlet Malaysia semasa temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Namun, pelancaran tersebut mendapat reaksi berbeza daripada netizen.
Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh @IniAlalalannn di laman X, ramai netizen meluahkan rasa kecewa terhadap rekaan pakaian tersebut. Mereka berpendapat bahawa pakaian yang disediakan untuk atlet Malaysia tampak hanya sekadar ala kadar dan tidak mencerminkan kepentingan kejohanan berprestij seperti Sukan Olimpik.
Reaksi negatif dari netizen ini menimbulkan pelbagai komen yang mengatakan bahawa pihak yang bertanggungjawab seolah-olah tidak memahami kepentingan dan prestij acara sukan terbesar dunia ini.
Susulan insiden tersebut tular, Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh tampil memberi penjelasan dengan memaklumkan bahawa pakaian rasmi tersebut adalah dibawah tanggungjawab MOM yang merupakan hasil kerjasama bersama Yonex.
“Pakaian rasmi kontijen Malaysia ke Temasya Pelbagai Sukan adalah di bawah tanggungjawab Majlis Olimpik Malaysia. Ini merupakan hasil kerjasama antara Yonex dan MOM.
“Ia di luar bidang kuasa Kementerian Belia Sukan dan Majlis Sukan Negara,” katanya menerusi sebuah kenyataan di laman X.
Reaksi Netizen
Kredit: X IniAlalalannn