Terdahulu, tular kes C0VID-19 yang dikesan positif pada seorang wanita mengandung berusia 30an yang pulang dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai sehingga menyebabkan 20 kontak rapat dikenakan kuarantin.
Selain ahli keluarganya yang dikenakan tindakan kuarantin itu, petugas klinik kesihatan yang merawat wanita terbabit turut dikenakan tindakan sama, bagi mengesan sebarang tanda jangkitan.
“Setakat maklumat yang kita tahu, ahli keluarganya telah buat ujian dan ujian nya adalah negatif, dia seorang saja positif. Namun ahli keluarga lain dikuarantin.”
“Mngsa kini sudah pun diraw4t di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).” – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin.
Permintaan ayah mangsa
Di dalam perkembangan terkini, ayah mangsa turut menyeru kepada siapa-siapa yang ada contact dengan mangsa untuk pergi membuat ujian Covid-19.
Kisah sebenar dari sepupu suami
Dengan adanya penjelasan dari ahli keluarga terdekat mangsa itu, sama-samalah kita jaga tutur kata dan jangan dilemparkan lagi fitnah dan kecaman.
“Apa yang bahaya, pesakit ini tidak mempunyai tanda-tanda seperti demam atau batuk yang menyebabkan dia bebas bergerak.
“Mangsa pulang pada 15 Mei dan tiada kaitan dengan perjalanan Gerak Malaysia, sebaliknya balik untuk bersalin.” – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.