fbpx

Penyanyi Shila Amzah akhirnya membuka mulut tentang pergolakan rumah tangga yang dihadapi kedua ibu-bapanya.

Shila Amzah, 33, menafikan Siti Munirah yang juga merupakan isteri muda bapanya, ND Lala sebagai kawan baik.

Meskipun telah mengenali wanita itu dari zaman sekolah, baginya Munirah tidak layak digelarkan rakan baik.

“Betul saya mengenalinya. Pada saya, tidak ada orang baik yang akan berkelakuan seperti itu. Saya tiada ucapan baik mahupun buruk kepadanya”

“Segala rasa untuk diberikan tidak memadai kepadanya sama ada sayang atau benci. Dia tidak layak menerima apa saja rasa daripada saya.”

Difahamkan mereka memang rapat ketika zaman persekolahan dan Siti Munirah sering tidur di rumah mereka. Namun, hubungan mereka berbeza apabila telah menginjak dewasa kerana perwatakan Siti Munirah yang sering menghilangkan diri.

“Dia selalu bercerita mengenai masalahnya kepada saya. Apabila dewasa pula kami memang sudah tidak begitu rapat kerana dia seorang yang suka menghilangkan diri.

Hadir beri sokongan pada Shila Amzah di GV9, ND Lala dan isteri lenyapkan  spekulasi rumah tangga bermasalah - Sensasi | mStar

Lebih rapat dengan mak selepas tamat sekolah

“Saya anggap kami tiada persefahaman saja. Namun, dia lebih rapat dengan mak berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya,” katanya.

Shila bagaimanpun menganggap ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku. Kejadian tersebut juga bukan perkara asing lagi dalam keluarganya. Namun, Shila berharap keadaan akan bertambah baik pada masa akan datang.

“Bagi saya, apabila ada perkara buruk berlaku, saya tidak akan melihat secara keseluruhannya adalah buruk kerana tiada apa yang abadi di dunia ini.”

“Di dalam dunia ini kita boleh usaha dan ikhtiar mencari kebahagiaan sendiri, tapi tiada siapa yang dijanjikan kesempurnaan dan keabadian. Jadi, apa yang terjadi itu adalah asbab (untuk menjadi lebih baik). Saya reda dan berdamai dengan apa jua keadaan,” katanya.

Sebagai anak, pelantun lagu Patah Seribu itu mendoakan yang terbaik buat kedua ibu bapanya.

“Sebenarnya kami sebagai anak tiada apa pun perkara buruk yang mahu diucapkan kepada ibu bapa kami. Cuma, kami doakan kalau mahu bahagia, ikutlah cara sendiri. Sebagai seorang anak, saya hanya mahu ibu bapa saya gembira tidak kira masih bersama atau tidak,” katanya.

Sumber: Harian Metro

[fbcomments]