Menghidap sindrom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) membuatkan pelakon Diana Danielle mahu menambahkan kesedaran awam tentang isu kesihatan mental.
Diana Danielle Danny Beeson, 32 berkata penyakit tersebut membuatkan dia mempunyai masalah memori dan menjadikannya cepat lupa. Namun begitu, perkara tersebut tidak begitu menggangu rutin hariannya.
Aktres itu juga berkongsi bahawa setiap beberapa bulan dia akan berjumpa doktor pakar untuk mengetahui kondisi dirinya.
“Saya sudah di diagnos dengan penyakit ADHD dah lama, dan setiap beberapa bulan saya akan pergi berjumpa doktor pakar dan mereka akan tanya keadaan saya, jadual saya macam mana, hubungan dengan suami dan anak-anak bagaimana.
“Sebab, perkara-perkara sebegini kita boleh ‘crosscheck’ dengan orang. Keadaan kita ni okay ke atau tidak dan dari situ kita boleh tahu jenis ‘suppot’ yang macam mana saya perlukan.
“Macam saya, menghidapi ADHD membuatkan saya mempunyai masalah memori. Saya jadi cepat lupa,” katanya.
Diana juga turut berkata sokongan anak-anak dan orang sekeliling menjadi penguat semangat untuknya menjadi lebih positif.
Tambahan pula, nasihat yang kerap diberi suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil juga sangat membantu iaitu untuk sentiasa menjaga solat dan membaca Al-Quran.
Solat dan Al-Quran sebagai panduan
“Memang suami saya akan sentiasa mengingatkan agar sentiasa jadikan Al-Quran dan menjaga solat sebagai rujukan, kerana dia memang sangat menjaga bab itu.

“Anak-anak saya pula bila saya lihat mereka gembira dan hidup mereka teratur automatik saya rasa hidup saya sendiri juga akan teratur. Jadi dengan anak-anak lain sikit lah sebab kita yang atur hidup mereka bukan mereka yang atur hidup kita.
“Dan bila kita tengok kita boleh bagi yang terbaik untuk anak-anak dan suami juga sedikit sebanyak dengan sokongan mereka, saya pun gembira dengan hidup dan tak rasa tension dan stress tak tentu hala and i feel good,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain Diana Danielle akan membuka gerai mengenai info kesihatan mental di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya bermula 14 hingga 17 April 2023.
Sumber: mStar