fbpx

Pelakon popular Malaysia, Diana Danielle dimaklumkan telah mendapat hak penjagaan sepenuhnya terhadap dua orang anaknya iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Kedua-dua Mencapai Persetujuan Bersama

Menurut sumber yang dilihat dari Mstar, peguam Syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu Diana dan bekas suami, Farid Kamil telah mencapai kata sepakat berkaitan isu berkenaan.

“Semua diselesaikan secara baik dan telah dijadikan terma mahkamah di mana kedua-dua pihak bersetuju tentang hak penjagaan dan lawatan. Tuntutan itu diselesaikan secara baik termasuk beberapa perkara lain yang berkaitan. Jadi tiada apa-apa lagi”, jelasnya kepada media.

Enggan Beri Sebarang Komen Lain

Farid Kamil dan Diana Daniel hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Isnin, semalam bagi menghadiri sebutan kes tersebut. Dalam pada itu, Diana enggan memberi sebarang komen berhubung keputusan yang diterima dan hanya menjelaskan secara ringkas. Berdasarkan satu perkongsian yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya, Diana bergegas meninggalkan mahkamah untuk menghadiri majlis lain, manakala Farid pula memaklumkan kehidupan selepas bergelar duda dianggap sebagai pengalaman baru yang harus ditempuh dengan hati terbuka.

“Masa depan sudah tertulis. Sebagai hamba saya jalani kehidupan seperti biasa dan lebih mensyukuri nikmat-nya”, jelasnya.

Kredit: Mstar

[fbcomments]