Polis telah menemukan mayat seorang lelaki yang dipercayai berlaku di Bentong, dengan beberapa kesan kecederaan pada bahagian badan dan kesan terbakar di rumahnya di Flat Purnama, Ahad lalu.

Anak lelaki mangsa yang difahamkan merupakan orang kurang upaya (OKU) bahagian masalah pembelajaran turut berada di sisi mayat bapanya ketika pihak polis memasuki ke kediaman mereka.

Ditemui Terbaring Atas Lantai

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar memaklumkan pihaknya sebelum itu menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang lelaki berusia 64 tahun pada jam kira-kira 11 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, lelaki itu ditemui terbaring di atas lantai dalam rumah berkenaan dengan beberapa kecederaan di bahagian badan termasuk kesan terbakar”, jelasnya.

“Siasatan juga mendapati isteri mangsa berusia 61 tahun bersama anak keduanyaiaitu seorang lelaki berusia 28 tahun derada di Kuala Lumpur atas urusan perubatan di sebuah hospital sejak 19 Jun lalu”. “Mangsa ditinggalkan bersama anak bongsu lelakinya berusia 22 tahun yang memiliki kad OKU (masalah pembelajaran) di rumah mereka,” Jelas Zaiham dalam kenyataan, semalam.

Anak OKU Direman Seminggu Kerana Didakwa Membunuh

Menurut Zaiham, anak lelaki mangsa yang OKU itu direman selama seminggu bermula kelmarin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh. Beliau juga menyatakan mereka masih menyiasat mengenai sebarang aktiviti yang dilakukan suspek itu anak kepada mangsa sepanjang tempoh dia berada di kediaman rumahnya, bersama mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk proses bedah siasat”, jelasnya.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]