fbpx

Seorang lelaki berusia 40-an dilaporkan kehilangan wang tunai berjumlah RM2,000 selepas mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pukau di sebuah kedai yang terletak di Jalan Langsat, Kluang baru-baru ini.

Video di bawah:

https://fb.watch/sbTykEfCca/

RM2,000 Lesap Selepas Premis Dimasuki Seorang Individu Tidak Dikenali

Ketua Polis Daerah Kluang iaitu Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pada jam 4.30 petang Ahad selepas seorang individu lelaki tidak dikenali memasuki premis.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dilihat memakai topi warna hitam, pelitup muka, beg silang warna hitam, seluar pendek dan baju T-shirt warna coklat telah masuk ke dalam kedai.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menyedari kehilangan wang di dalam kedainya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa sambil memberitahu siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerusi talian 07-7784222, 07-7766822 dan 014-3656822,” katanya.

Terdahulu, sebuah video yang dimuat naik oleh @AkuBudakKluang di laman Facebook mendapat perhatian selepas pekerja di sebuah kedai tayar F&C didakwa telah dipukau oleh seorang lelaki yang memasuki ke bilik tauke kedai sambil berpura-pura untuk membeli dan membayar barangan di kedai terbabit.

Kredit: Mstar

[fbcomments]