fbpx

Penyanyi veteran iaitu Shidee atau nama sebenarnya Rashid bin Abdul Wahab, 62, tampil memperjelaskan isu dan punca sebenar mengenai pergaduhan yang melibatkan dirinya bersama abang ipar yang berlaku di rumah mentuanya pada 25 Mac lalu.

@melodiberapi

Semoga dipermudahkan urusan penyanyi Shidee dan abang iparnyaa, buang yang keruh ambillah yang jernih ☺️🤲 #meloditv3 #shidee #pukulabgipar #ceritaartismalaysia #fypシ゚viral🖤tiktok #panas #panas #sensasi #reman #polis

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Minta Alihkan Kaki Punca Pergaduhan Berlaku

Menerusi temu bual Shidee bersama Melodi, difahamkan pergaduhan tersebut berlaku apabila abang iparnya meminta dirinya untuk mengalihkan kaki kerana dianggap melanggar laluan. Shidee yang ketika itu sedang menghafal lagu kemudiannya mempersoalkan mengapa dirinya perlu mengalihkan kaki kerana terdapat lagi ruang untuk berjalan.

“Waktu itu saya ada ‘show’ di Bangi dan pulang lewat. Saya pula balik ke rumah ibu mentua saya sebab anak saya ada di situ dan isteri saya juga sedang sarat mengandung. Sampai di rumah dalam pukul tiga pagi, saya terus mandi dan kemudiannya menghafal lagu. Sehinggalah satu ketika abang ipar saya keluar daripada biliknya dan meminta untuk saya mengalihkan kaki saya.

“Saya pun tanya kenapa perlu alih sebab dia boleh jalan lagi (ada ruang) tapi lepas itu saya pun alih kaki saya. Kemudian dia masuk ke dalam bilik air sambil merungut dan apabil dia keluar (bilik air) dia berhenti depan saya dan marah-marah. Saya tak tahu apa puncanya tetapi malam itu memang ada berlaku pertengkaran,” katanya.

Tepis Dakwaan Dirinya Seorang Yang Panas Baran

Dalam pada itu, Shidee juga menafikan dakwaan sesetengah netizen yang beranggapan dirinya seorang yang panas baran hanya kerana mendengar satu sisi sahaja.

“Saya anggap ini adalah takdir saya dilahirkan sebegini tapi walau apa pun yang berlaku, demi Allah saya tak salah. Walaupun saya dipersalahkan dan orang kata saya tak betul, tapi percayalah Allah SWT lebih tahu segalanya.

“Saya bukan seorang yang panas baran. Kalau saya baran, tanya lah isteri saya pernah ke saya jentik dia dan anak-anak? Kalau saya baran mereka pasti teruk. Cuba kalau anda diprovokasi apakah tindakan anda? Anda pasti marah,” luahnya lagi.

Sebelum ini, Shidee telah ditahan reman selepas didakwa memukul abang iparnya dengan menggunakan batang besi hingga menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian badan pada 25 Mac yang lalu.

Untuk pengetahuan, Shidee dan isterinya, Siti Fairunnisa mendirikan rumah tangga mereka pada 1 Februari 2010 dan perkahwinan mereka menjadi perhatian apabila timbulnya kontroversi hubungan mereka tidak diresuti ibu mentuanya susulan jarak usia mereka yang jauh.

Kredit: TikTok melodiberapi

[fbcomments]