fbpx

Semalam kita telah dikejutkan dengan satu berita dimana seorang lelaki telah meninggal dunia dalam keadaan mengerikan apabila digilis dan diseret treler sejauh 14 meter dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Sungai Buloh menghala ke Stesen Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) Sungai Buloh.

Dalam kejadian 12.29 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Hafiz, 28, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mohon bantuan ikhlas

Susulan daripada tregadi itu, seorang individu telah tampil menyeru orang ramai bagi menghulurkan sumbangan buat keluarga mangsa.

Menerusi laman Facebook, Eryzal Edry memuat naik sebuah posting berharap orang ramai dapat meringankan beban isteri serta empat anak Allahyarham Mohamad Hafiz Mukhtar yang masih kecil.

Saya tidak mengenali arwah mahupun ahli keluarga arwah. tapi atas dasar rasa ingin membantu dan berasa simpati terhadap nasib isteri dan anak² arwah.

Rasa sayu dan sebak sangat bila tengok muka anak² arwah ni.

Moga bantuan ini dapat menampung keperluan dan meringankan sedikit beban buat isteri arwah.

Mohon bantuan ikhlas buat isteri mangsa kemalangan yg arwah suami nya maut digilis treler tengahari smlm dkt sg.buloh….

Posted by Eryzal Edry on Selasa, 8 September 2020

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, orang ramai boleh membuat sumbangan ke akaun Maybank, 158173024045 atas nama Jamaliah Khairuddin (adik perempuan kepada isteri arwah).

Facebook adik ipar mangsa

Ini adalah Facebook adik ipar mangsa. Difahamkan kakaknya itu yang juga merupakan isteri kepada arwah merupakan seorang suri rumah tidak bekerja dan mempunyai anak empat orang yang masih kecil.

ya allah abg ipar ku …😭

Posted by NZ Bundle Legacy on Selasa, 8 September 2020

sekiranya ade yg ingin memberi sumbangan ikhlas kepada kakak sya,kakak saya mpunyai 4 org ank yg masih kecik ,, boleh pm…

Posted by NZ Bundle Legacy on Selasa, 8 September 2020

Menurut laporan daripada Metro, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Waja dipandu seorang lelaki warga Bangladesh dalam perjalanan dari arah Subang cuba mengubah haluan ke kiri.

Tindakan itu menyebabkan mangsa yang berada di belakang kenderaan berkenaan dari arah yang sama tidak sempat mengelak dan terlanggar belakang kiri kereta terbabit lalu terjatuh di atas jalan sebelah kiri.

Pada masa sama, sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu menggilis dan menyeret mangsa.

[fbcomments]