Baru-baru ini seorang lelaki dilaporkan maut dengan kedua-dua kakinya digilis tren selepas dipercayai terjatuh ke landasan di stesen LRT Dato Keramat pada malam kelmarin.

Bukan Terjatuh Tetapi Sendiri Lompat Ke Landasan

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Berita Harian, difahamkan mangsa lelaki yang maut digilis tren transit aliran ringan (LRT) di stesen Dato keramat dikatakan turun ke landasan dengan sendiri, dan bukan terjatuh. Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju iaitu Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.56 malam daripada anggota polis bantuan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis mendapati mangsa yang juga lelaki tempatan bersama penumpang lain sedang menunggu LRT di platform 1. Ketika tren hendak berhenti, tiba-tiba mangsa melompat dan baring di landasan lalu dilanggar oleh LRT berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Maut Ditempat Kejadian

Mengulas lanjut, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya memberitahu bahawa kejadian tersebut telah menyebabkan berlakunya gangguan di landasan berkenaan dan mengakibatkan sistem kecemasan diaktifkan secara automatik sejurus tren terpaksa berhenti lama di landasan terbabit.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian jam 11.13 malam dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]