Diri dihina kerana menjadi rider menghantar barangan, pelakon Hafidz Roshdi luah bahawa beliau hanya mahu mencari rezeki demi anak-anaknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Hafidz di laman Instagram miliknya, beliau mendapat tahu bahawa pekerjaannya yang terkini telah dihina segelintir individu susulan sudah tidak kelihatan di kaca televisyen sesudah kontroversi yang berlaku awal tahun lalu.
Ada Yang Hina Pekerjaan, Namun Hafidz Mahu Cari Rezeki Untuk Anak-Anak
Berdasarkan hantaran yang dikongsikan Hafidz, dia gembira sahaja dengan pekerjaan yang dilakukannya sekarang. Namun beliau ada terbaca terdapat segelintir pihak yang menghina pekerjaannya itu.
“Saya happy kerja dengan Lalamove Malaysia. Tapi saya terbaca ada pihak yang menghina kerja saya ni.
“Apapun doakan saya terus sihat untuk berkhidmat demi pendapatan yang halal dan nafkah anak-anak…” tulisnya.
Hanya Hidup Bersederhana
Pekongsian yang dibuat Hafidz itu pastinya mendapat perhatian selepas lama mendiamkan diri sejak isu penceraiannya dengan bekas isteri, Shuhada pada tahun lalu.
Sekadar info, Hafidz Roshdi kini bergelar suami kepada Athira Yuhada sejak Disember 2023 selepas melafazkan talak cerai terhadap Nurul Shuhada pada Julai 2023.
Hasil perkongsian hidup Hafidz dan Shuhada, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata dikenali sebagai Humairah,6 dan Umar, 3.
Kredit: Instagram hafidz.roshdi