Dikala ramai yang beriang-ria menyambut kemeriahan Hari Raya, namun tidak bagi seorang pelakon yang dikenali Fasha Sandha. Baru-baru ini Fasha Sandha dilihat menitiskan air mata apabila beliau dan keluarganya terpaksa menangguhkan hajatnya untuk menyambut hari raya di kampung halaman di Perlis selepas dirinya dijangkiti wabak Covid-19.
Keluarga Fasha Sandha Positif Covid
Menerusi video yang dimuat naik oleh Fasha di laman Instagramnya, beliau memaklumkan bahawa dia sekeluarga telah disahkan positif covid-19 selepas melakukan pemeriksaan di sebuah klinik ketika dalam perjalanan dari Rembau ke Perlis.
Difahamkan, Fasha berasa tidak sihat dan mengalami simptom seperti selsema sejak hari raya pertama.
“Hati siapa yang tidak hancur. Kisahnya balik Rembau dua hari sebelum raya, sejak raya pertama terus bersin-bersin tidak berhenti. Ingatkan selsema biasa, husnuzon. Pada raya kedua, 13 jam dalam perjalanan dari Rembau, berhenti KL sekejap sambung perjalanan ke Perlis. Makan apa-apa rasa tawar, hati ini tiba-tiba rasa tak sedap hati. Terus pergi klinik dan check Covid sebelum nak jumpa keluarga di Perlis.
“Ya benar, berjaya mendapat Covid dari Rembau. Nasib lah, pergi check, kalau tak check makanya saya membawa virus ini ke Perlis. Dah lah di Perlis ada ramai orang tua dan berisiko tinggi. Alhamdulillah Allah lindung dia orang. Ini dugaan raya kami. Sedih tak dapat beraya dengan keluarga Perlis satu perkara. Lagi satu sedih teramat sebab 99 peratus di sana bila kami bagitahu kena covid diorang mengganggap ni demam biasa,” luahnya.
Kesal Dengan Individu Yang Selfish
Pada masa yang sama, Fasha turut meluahkan rasa kesal an kecewa dengan sikap segelintir individu yang tidak mempunyai kesedaran menyambut Aidilfitri walaupun tahu dirinya tidak sihat akibat dijangkiti Covid-19.
“Siapalah yang keluar beraya masa ada Covid ini kan, memanglah selfish. Kerana kau punya selfish, tahu kau tak sihat tetap keluar beraya. Pass virus pada orang lain. Hancur plan raya saya dengan keluarga Perlis. Hari ini sambung perjalanan kami ke KL, 10 jam lagi nak mengadap jalan jam. Dan inilah kisah raya kami keluarga kecil. Beraya sambil quarantine sampai Ahad. Tidak apa, kami berenam raya sambil quarantine. Dugaan kami.
“Tujuan saya kongsi perkara ini adalah untuk memberikan peringatan pada followers saya untuk stay safe. Jangan bersentuh-sentuh sangat. Biarlah orang nak kata kita sombong daripada dapat penyakit untuk keluarga kita,” katanya lagi.
Kreditt: Instagram fashasandha