Penyanyi Rap Yonnyboii telah dikurniakan bayi lelaki selepas isterinya Nik Nazira Narriman selamat melahirkan bayi lelakinya itu pada Rabu, semalam. Berita gembira tersebut telah dikongsikan di laman Instagram pada pagi tadi, Khamis.

Baby Kai Nama Diberi
“Selamat datang ke dunia wahai anak lelakiku”, kapsyen ringkas yang ditulis oleh Yonny menerusi instastory nya. Beliau juga menamakan anaknya dengan Baby Kai yang dipercayai nama bayi berkenaan iaitu Kairo.
Yonny juga sempat memuat naik gambar isterinya yang kelihatan terbaring di katil hospital sambil ditemani bayi mereka di sisi.

Sehari Sebelum Bersalin Sempat tengok movie ‘Barbie’
Melihat perkongsian yang dimuat naik oleh isteri Yonny iaitu Nik Nazira, beliau berkongsi gambar sebelum dan selepas bersalin. Menurutnya lagi, sehari sebelum bersalin beliau sempat menonton filem ‘Barbie’ yang digilai ramai.
Alhamdulilah, bayinya yang dipanggil Baby Kai selamat dilahirkan dengan keadaan sempurna sifat.
Kredit: Instagram Yonnyboii, NikNazira