Pelakon Scha Alyahya mengaku terkejut apabila dilabel sebagai artis biadap di laman sesawang Twitter baru-baru ini.
Trend terbaru ialah pengguna Twitter berkongsi pengalaman berkerja atau berjumpa dengan artis yang paling sopan dan paling biadap di Malaysia.

Kata Scha melalui temubual bersama Harian Metro, dia sendiri pantang dengan orang yang biadap serta mengakui mungkin dia ada terlepas pandang.
“Mungkin sedar tak sedar, saya pernah tak tegur orang, tak tersenyum. Jadi, mustahillah kita sebagai manusia ini tak pernah buat salah. Cakap pasal biadap, jauh sangatlah saya nak biadap dengan orang.
“Saya paling pantang dan tak suka orang biadap, berlagak, sebab bagi saya, tak payah. Pada pengakhirannya, kita semua sama.
Scha juga meminta maaf jika ada peminatnya yang terasa hati jika ada tindakannya yang tidak disengajakan. Dia berkata mungkin dia tidak sedar atau mempunyai masalah ketika itu.
“Jadi harap rasa tidak senang itu mungkin daripada saya punya salah yang tak sedar. Maaf kerana buatkan anda terasa begitu,” katanya.
Scha berkata dia faham yang trend Twitter lebih kepada permainan. Namun, dia tetap meminta agar warganet tidak terlalu taksub dalam melabel dan menjatuhkan hukum terhadap seseorang kerana kesannya mungkin lebih mendalam kepada orang yang terkena itu.