Dua beradik dilaporkan maut selepas terlibat dalam nahas kemalangan langgar lari ketika sedang dalam perjalanan ke sekolah di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak Jaya pada Jumaat.
Dua Pelajar Maut Kena Langgar Lari
Memetik laporan Sinar Harian, difahamkan mangsa iaitu Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, yang menaiki motosikal dikatakan dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru.
Kemudian sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh dipercayai telah memasuki simpang kanan secara mengejut dan menyebabkan berlakunya pelanggaran dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.
Akibat dari nahas itu, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan terbabit telah melarikan diri.
“Polis telah menerima panggilan kemalangan tersebut pada jam 7.12 lagi dan siasatan sedang dijalankan,” jelas Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Kredit: Sinar Harian