fbpx

Seorang atlet kayak kebangsaan iaitu Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan berada dalam keadaan parah selepas menjadi mangsa kemalangan ngeri, dipercayai berpunca daripada seorang pemandu yang dikatakan mabuk.

Mengalami Kecederaan Parah

Perkhabaran tersebut dikongsikan di laman Instagram milik @ppjkm.pis iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (PPJKM), Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor pada Selasa semalam.

Dalam perkongsian tersebut, difahamkan kejadian berlaku pada Sabtu lalu di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Johor ketika mangsa dalam perjalanan ke Southkey.

Menurut saksi yang mempunyai rakaman kejadian, difahamkan sebuah kereta disyaki memandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar dan menyeret mangsa sejauh lebih kurang 600M.

“Mangsa sekarang dirawat di Hospital Columbia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius. Mangsa sering berulang alik dari Politeknik ke rumah kerana menjaga ibu bapanya,” jelas pihak mereka.

Mangsa dikatakan terpaksa ulang-alik dari Politeknik ke rumahnya kerana menjaga ibunya yang mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan, manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis.

Sementara itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan menerusi Timbalan Menteri iaitu Adam Adli juga mengesahkan bahawa pihak mereka sedia membantu mangsa jika diperlukan.

Kredit: Instagram ppjkm.pis

[fbcomments]