Korang kenal tak Adam Corrie? Beliau merupakan seorang pelakon lelaki berbangsa Cina yang telah memeluk Islam dan pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah.
Sempena Maulidur Rasul baru-baru ini, beliau ada berkongsi pengalamannya semasa awal-awal memeluk Islam.
Siapakah Muhammad ni…
Salam Maulidur Rasul. Ketika saya belum kembali kepada fitrah. Saya selalu mendengar kawan-kawan Muslim cerita mengenai Rasulullah SAW.
Saya selalu tertanya-tanya siapakah Muhammad ni? Dulu apabila kawan-kawan cerita tentang Rasulullah SAW, saya pasti mendengarnya dengan khusyuk.
Tertarik dengan keperibadian Rasulullah
Kisah Rasulullah SAW yang dilemp4r batu ke arah kepala baginda oleh penduduk Thaif ketika Rasulullah SAW berdakwah telah menyentuh perasaan Adam dengan kesabaran Rasulullah SAW.
Difahamkan daripada situ beliau ingin lebih mengenali Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW tidak memarahi mereka malah mendoakan kebaikan untuk mereka.
Dari perasaan ingin tahu terus menjadi rindu pada Rasulullah SAW
Asbab dari akhlak Rasulullah SAW saya semakin mengenali dan mencintai Islam dan Allah.
Alhamdulillah, hati saya telah dijentik hidayah oleh Allah SWT untuk kembali kepada fitrah.
Ditegur kerana solat di set pengambaran
Namun apa yang memeranjatkan ialah, Adam Corrie telah menceritakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika berlakon adalah ditegur dan dimarah kerana menunaikan solat di set pengambaran.
Difahamkan beliau menunaikan solat jemaah bersama isterinya namun telah dimarahi oleh seorang yang beragama Islam.
Alasan yang diberikan adalah kerana solat jemaah itu menganggu masa pengambaran. Ish ish macam ni pun ada.
Adam Corrie berkata dia bersolat pun bukannya lama dan langsung tak menganggu masa pengambaran. Itulah antara cabaran yang dihadapinya setelah memeluk agama Islam.
Apa salahnya saya dan isteri solat berjemaah kerana bukanya lama, sebentar saja. Ayat yang dikatakan itu sampai sekarang masih saya simpan sebagai kenangan.