Pelakon Julia Farhana mencuri perhatian warganet apabila dilihat menyalam Lufya Omar, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.

Terbaharu, pelakon dan penyanyi, Lufya telah membuat tuntutan mutaah sebanyak RM 1 juta terhadap bekas suaminya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32.

Selain dari jumlah tuntutan tersebut yang menjadi perhatian ramai, tindakan Julia menyantuni Lufya juga menjadi buah mulut netizen.

Dalam video dikongsi Media Hiburan, ramai yang memuji Julia kerana bersikap matang dan tidak menjadikan masalah antara suaminya dan Lufya alasan untuk bermasam muka denan penyanyi berkenaan.

@mediahiburanofficial Penyanyi Lufya Omar dan bekas suaminya, Dr Che Hafiz yang ditemani isteri, Juliana Farhana hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebentar tadi. Laporan lanjut menyusul #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ Doa Ku – Lufya Omar

Tak Nak Bergaduh

Apabila ditemubual wartawan Julia menyatakan dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan bekas isteri suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz. Tambahnya lagi, dia dan Hafiz tidak mahu bermusuh-musuhan dengan mana-mana pihak.

“Saya sebenarnya cuba, Insya-Allah… baik saya atau pun suami, kami tidak mahu bermusuh dengan sesiapa pun. Kita sebenarnya tak ada masalah untuk bincang di luar mahkamah.
“Saya memang dari dulu lagi sebenarnya tak ada masalah langsung. Cuma saya rasa semua ini timbul daripada salah faham.

Fobia nak berkongsi di Instagram

Susulan pernah saling berbalas di media sosial, pemilik nama Julia Farhana Marin mengakui berasa fobia untuk bersuara kerana risau timbul lagi salah faham.

Jadi, sebab itu saya agak fobia nak berkata-kata di umum. Fobia nak cakap apa-apa di Instagram, fobia nak share apa yang membahagiakan kami. Takut menimbulkan fitnah dan salah faham sebab itu kita pilih untuk diamkan diri,” katanya.

Pada Khamis, Dr Hafiz enggan mengulas lebih lanjut soal tuntutan RM1 juta yang dibuat oleh Lufya pada Oktober tahun lalu.

Kredit: Berita Harian

Sekadar info, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura, 5. Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

[fbcomments]