Semakin hari, semakin banyak pula berita membabitkan remaja atau kanak-kanak menjadi mangsa kerakusan seks. Apa yang lebih menyedihkan, bila ahli keluarga, darah daging sendiri yang perlakukan perkara keji terkutuk itu!
Begitu lah kisah yang dikongsikan oleh Syed Azmi apabila seorang wanita menceritakan pengalaman hidupnya yang perit selepas dinodai bapa sendiri ketika usianya masih lagi kecil.
Lebih mengejutkan apabila mangsa turut mendedahkan bahawa ketika usianya 5 hingga 15 tahun, dia telah dirogol oleh 6 orang lelaki dan 5 daripadanya adalah dalam kalangan ahli keluarga!
Ikuti perkongsian beliau:
Dirogol oleh ayah kandung
Saya nak minta bantuan dengan tuan jika boleh, status saya masih berkahwin tapi gantung tak bertali. Saya tak bekerja hanya jaga anak saya seorang cuma harapkan duit teman lelaki, kalau dia bagi ada lah,tapi sekarang kami selalu gaduh dan saya tak dibagi belanja. saya nak minta bantuan RM50 untuk saya dan anak saya beli barang keperluan’.
Sebab ini kes baru jadi saya ambil masa untuk temuramah, ‘Pertama kali seingat saya, saya dirogol oleh ayah kandung sendiri masa berumur 4@5 tahun. Saya masih dapat ingat dan terbayang-bayang kejadian tetapi masa tu saya cuma diam tak melawan. Mungkin masa tu saya tak faham apa-apa lagi. Kemudian saya dirogol masa berumur 15 tahun. Umur 5 tahun ke 15 tahun saya pernah dirogol 6 orang lelaki dewasa. 5 orang darinya adalah kalangan keluarga sendiri malangnya family saya tak nak buat report.
Keluarga lelaki bagi 10k
Menurut mangsa, kali terakhir dia di rogol pada usia 15 tahun dan dia tekad mahu buat report tapi keluarga lelaki datang merayu pada family saya dan bagi duit sebanyak RM10,000.
Jadi saya terpaksa ikutkan kata orang tua saya untuk berkawin hanya selama 3bulan. Tapi sampai sekarang saya tak diceraikan dan saya tak kenal langsung pihak lelaki,keluarga saya lepas tangan.
Saya tak tau macam mana nak buat tuntutan cerai..harap tuan sudi dengar cerita saya..disebabkan hal tu hidup saya bertambah masalah. Saya hanya belajar sampai tingkatan 2.
Sehingga kini gantung tidak bertali
Apa jadi lepas kahwin umur 15 tahun?
Lepas nikah laki tu dtg rumah ajak tinggal dengan die sekali..tapi saya tak nak sebab jadi benci kat die..kalau ikutkan saya kawin dengan die untuk lepaskan tuduhan merogol tu. Keluarga kata kahwin untuk 3 bulan sahaja dan bercerai.
Saya tak ikut die balik lepas nikah,saya macam biasa teruskan hidup macam biasa di rumah family saya..
Tapi dah lepas 3 bulan suami saya tu tak ada cari saya..family saya pula terus lepas tangan padahal masa tu saya baru 15tahun.
Saya ada teman lelaki dan anak luar nikah
Tambah wanita itu lagi, semasa umurnya 16 tahun dia mempunyai seorang teman lelaki berbangsa Cina dan ketika dia berusia 24 tahun, dia telah melahirkan seorang anak yang tidak sah taraf hasil hubungan mereka berdua.
Lelaki itulah yang telah menanggung kehidupannya selama ini.
Lelaki ni cina tapi dia convert muslim,tapi kami nak nikah tak boleh sbb saya masih lagi status isteri orang..pernah juga saya sorang pergi pejabat agama tapi nak tanya fasakh tapi saya tak ada maklumat langsung.
Pernah bagi orang duit konon nya boleh uruskan tapi kena tipu..smpai la sekarang benda ni tak settle lagi.
Kini saya jaga anak saya berumur 5 tahun..sekarang saya tak bekerja harapkan ayah dia bagi belanja..
sebenarnya family dia (teman lelaki cina) baik sangat pada saya..masa saya melahirkan pun mak dia yang jaga sebaik2 nya.
Turut dirogol oleh ayah tiri
Ayah kandung saya kini dah meninggal
Menurut keterangan wanita ini, mak dan ayahnya telah bercerai dan maknya juga telah berkahwin baru.
Namun kisah hitam wanita ini seperti tiada berkesudahnya apabila dia turut menjadi mangsa rakus serakah ayah tirinya itu!
Masa tu saya dan kakak nak report tapi mak saya ajak berbincang..mak tak bagi report sebab kalau ayah tiri masuk penjara tak ada yang nak tanggung adik beradik yang ramai.
Masa tu umur saya baru 12@13 tahun. Tapi sekarang mak saya dan ayah tiri dah tak sehaluan,mak saya tak berapa sihat ada dikampung dengan nenek dan pakcik saya.