fbpx

Seorang pelakon Indonesia, Aliff Alli dilaporkan masih mendapat rawatan di pusat perubatan selepas dua kali disahkan positif COVID-19. Difahamkan, Aliff telah menerima rawatan di hospital selama tiga minggu selepas dilaporkan kritikal pada awal Januari.

Berpunca dari vape 

Menurut peguam Aliff, disebabkan itulah dia tak dapat hadir ke perbicaraan kes perceraiannya dengan Aska Ongi yang sepatutnya berlangsung pada Rabu lalu

Malah Aliff masih mempunyai tanda jangkitan pada paru-paru dan organ dalamannya dipercayai berpunca daripada Vape dan sedang menjalani kuarantin kendiri.

Iya masih sakit.. paru-parunya ada kesan kerana dia menghisap vape. Paru-paru masih belum pulih sepenuhnya selepas jangkitan COVID-19

Dia sudah dua kali positif COVID-19, positif kemudian negatif dan selepas keluar hospital positif lagi. Ini maknanya dia masih belum boleh tamatkan kuarantin.

Aliff masih di pusat perubatan..yang pasti dia akan terus melakukan kuarantin diri sehingga benar-benar pulih.

[fbcomments]