Seorang blogger makanan dari Filipina yang dikenali sebagai Dongz Apatan dilaporkan telah meninggal dunia selepas melakukan video mukbang makan ayam bersama nasi, dalam kejadian baru-baru ini.
![]()
Video di bawah:
https://x.com/Totalrandome/status/1808580677107134663
Kena Serang Strok Selepas Makan
Berita dari portal TNP Straits Times melaporkan bahawa Manoy Apatan mengalami serangan strok sebelum dia disahkan meninggal dunia selepas menikmati makanannya itu.
Dongz dikatakan mengalami serangan jantung sekitar jam 3 petang waktu tempatan sebelum segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Doktor yang merawatnya di hospital telah mengesahkan bahawa beliau mengalami strok hemoragik yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang tinggi garam dan daging, yang mana dapat menyebabkan tekanan darah meningkat secara tiba-tiba.
Menurut penjelasan dari pakar, strok hemoragik berlaku apabila saluran darah di otak bocor atau pecah, biasanya disebabkan oleh peningkatan tekanan darah secara tiba-tiba. Ini sering kali berlaku apabila seseorang mengambil makanan dengan kandungan garam yang tinggi dan juga pengambilan daging dalam jumlah yang berlebihan.
Pakar yang merawat Dongz di unit kecemasan menjelaskan bahawa dia mengalami pembekuan darah di otaknya, yang merupakan komplikasi serius daripada strok hemoragik. Kondisi ini boleh berlaku apabila darah membeku di dalam saluran darah, menghalang aliran darah normal ke otak dan menyebabkan kerosakan otak.
Makanan dengan kandungan garam yang tinggi dan pengambilan daging dalam jumlah berlebihan boleh memberi kesan yang serius kepada kesihatan seseorang. Pengambilan makanan seperti ini secara berterusan boleh meningkatkan risiko masalah kardiovaskular dan strok.
Sebelum ini, video Dongz yang menunjukkan dia menikmati hidangan nasi dan ayam goreng menjadi tular dan menarik perhatian ramai pengguna media sosial sebelum beliau dilaporkan meninggal dunia.
Kredit: TNP Strait Times, X Totalrandome