fbpx

Pada Jumaat semalam media mendapati bahawa terdapat empat orang kanak-kanak termasuk bayi berusia 10 bulan telah ditinggalkan di Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah di Kampung Gajah, Perak.

Ditinggal Oleh Nenek

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Hafezul Helmi Hamzah memaklumkan bahawa kesemua kanak-kanak tersebut ditinggalkan di tempat kejadian pada jam 10.50 pagi.

“Kami dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pegawai Kebajikan Masyarakat Kampung Gajah kira-kira pukul 5.40 petang. Seorang pengawal keselamatan memaklumkan kepada pegawai bahawa empat kanak-kanak itu telah ditinggalkan di hadapan rumah pengawal oleh seorang wanita tidak dikenali yang kemudiannya memandu.

“Tiga daripada kanak-kanak itu lelaki berumur 11, tiga, dan 10 bulan, dan yang keempat ialah perempuan berusia enam tahun”, jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Polis Kini Giat Mengesan Waris

Menurut Hafezul Helmi lagi, kanak-kanak berusia 11 tahun tersebut juga telah memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka telah dihalau keluar dari rumah nenek mereka di Kampung Kuchai, Bota. Mereka telah dihantar ke kompleks pentadbiran oleh seorang wanita tidak dikenali dan kini berada di pusat perlindungan kanak-kanak di Gopeng.

“Pihak polis masih berusaha mengesan ibu bapa atau waris kanak-kanak itu”, katanya lagi sambil menambah sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh hubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Hanif Dzulkifli di talian 012-647 7452.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]