Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah apartmen di Putrajaya.

Video di bawah:

https://x.com/update11111/status/1813101649935687893?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 ketika Tiada Siapa Di Rumah

Ketua Polis Daerah Putrajaya iaitu Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz memaklumkan bahawa kejadian tragis ini diberitahu kepada pihakya oleh MERS 999 pada jam 7.50 pagi. Difahamkan kanak-kanak tersebut ditemui di bahagian bawah apartmen, dan keadaannya yang teruk menyebabkan dia dikejarkan ke Hospital Putrajaya dengan ambulans namun disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan.

Menurut Asmadi, mangsa adalah anak bongsu dalam keluarga dua beradik. Ketika kejadian, bapanya seorang kakitangan kerajaan sedang menghantar anak sulung ke sekolah di Presint 9 (2), manakala ibunya keluar bekerja sebagai guru tadika. Kanak-kanak itu ditinggalkan sendirian sementara masih tidur sebelum dihantar ke taska yang terletak di bawah apartmen tempat mereka tinggal.

“Mangsa dipercayai jatuh dari tingkap bilik tidur utama,” jelas Asmadi. Beliau juga menegaskan bahawa walaupun terdapat gambar-gambar kejadian yang tersebar luas di aplikasi WhatsApp sebelum ini, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut. Mayat mangsa kini berada di Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk menjalani proses bedah siasat.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” tambah Asmadi.

Kredit: Kosmo!

[fbcomments]