fbpx

Pempengaruh terkenal iaitu Norreen Iman baru-baru ini mendedahkan bahawa anak perempuannya yang bernama Ellen sekali lagi menjadi mangsa buli di sekolah oleh rakannya sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kaki.

@norreniov31

#norreniman #fypシ゚viral

♬ original sound – NORREN IMAN – NORREN IMAN

Anak Kena Buli Sampai Kaki Luka

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Norreen di laman Instagram dan TikTok, Norreen memaklumkan bahawa kejadian tersebut telah membuatkan anaknya mejadi trauma sehingga hilang selera makan. Katanya, dia sudah berjumpa dengan guru disiplin bagi menyelesaikan masalah buli tersebut dan mahu ambil tindakan yang tegas.

“Ya Allah minta lindunglah anak aku ni. Berkali-kali dah kena. Kena sepak, kena tolak, ni kaki dah luka. Sampai dia cakap dah tak selesa makan kat sekolah. Agaknya rasa sakit sangat sampai muntah dia. Bukan tak pernah datang sekolah. Aku datang. Cuma aku ikut law (peraturan). Biar cikgu disiplin selesaikan. Pergi umrah, anak aku kena lagi. Sampai menangis dia. Adik ipar cuba cari, budaknya tak ada.

“Okay tak apalah sabar. Ni kaki luka, balik badan terus dedor. Siapa yang tak naik angin? Dahlah anak aku ni sejenis happy go lucky sangat-sangat. Kalau aku tak cakap dan beritahu itu merupakan pembulian, dia takkan faham,” tulisnya.

Kena Kerap Tanya Perkembangan Anak-Anak Di Sekolah

Dalam pada itu, Norreen turut berharap agar ibu bapa di luar sana dapat memainkan peranan masing-masing dalam mendidik anak-anak dan harus menanyakan tentang perkembangan anak-anak mereka di sekolah.

“Aku harap korang periksa la anak korang kat sekolah. Apa anak korang buat. Minta update dari cikgu. Harap cikgu pun bagi kerjasama. Kalau anak murid ada complain, in bukan perkara, ‘ala biasalah budak-budak’.

“Harap kita sebagai ibu bapa ada dapat update juga what happened kat sekolah. Bukan hanya harapkan anak yang beritahu sahaja.

“Bapa pun dah naik angin juga, macam mana aku nak tenangkan my husband knowing that her daughter kena macam ni sekali?,” luahnya di akhir kata.

Kredit: Instagram & TikTok Norreen Iman

[fbcomments]