Usaha pempengaruh media sosial Malaysia, Aisar Khaled, membantu mangsa banjir di Bali akhirnya mendapat perhatian apabila beliau menerima pengiktirafan khas daripada wakil Ahli Dewan Perwakilan Daerah (DPD) di wilayah tersebut.
![]()
Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DO0swrQktic/?igsh=MWR5bjJxNHdsMGR2bQ==
Aisar Khaled Terima Pengiktirafan di Bali Atas Usaha Bantu Mangsa Banjir
Anugerah bertaraf Influencer Antarabangsa Peduli Alam Sekitar itu disampaikan sendiri oleh Senator Bali, Arya Wedakarna, sebagai tanda penghargaan terhadap keprihatinan Aisar terhadap nasib masyarakat setempat.
Selain sijil penghargaan, Aisar turut menerima sebuah pin istimewa yang pernah dikaitkan dengan Presiden pertama Indonesia, Soekarno, menjadikan penghormatan tersebut lebih bermakna.
Menurut Arya, tindakan sukarela Aisar wajar dijadikan contoh buat generasi muda kerana ia menunjukkan semangat kemanusiaan yang merentasi sempadan negara.
![]()
“Kami hargai kehadiran seorang anak muda dari Malaysia yang benar-benar peduli dengan masyarakat Bali. Harapan saya, ini bukan kali terakhir beliau turun membantu,” ujar Arya menerusi kenyataan di media sosialnya.
Mengulas penghargaan yang diterima, Aisar menyatakan rasa syukur dan menganggap ia sebagai rezeki selepas melalui pengalaman kurang menyenangkan ketika cuba menyalurkan bantuan sebelum ini.
![]()
“Perancangan Allah itu sempurna. Walaupun pernah dihalau dan dihina ketika membantu, saya tetap percaya masih ramai yang menghargai niat baik ini,” katanya.
Sebelum ini, sebuah video tular memaparkan detik Aisar diusir oleh individu tertentu ketika hadir menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir di Bali, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Kredit: Instagram aisar_khaledd, aryawedakarna