Pertarungan tinju yang mencuri perhatian antara dua personaliti media sosial, DMA Islam dan Abang Koroy akhirnya berlangsung di The Cage, Lalaport, semalam selepas perlawanan asal dibatalkan pada Hari Sukan Negara 2025 di Dataran Merdeka, Ahad lalu.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSkgyCPPw/
DMA Islam Tewas Dalam Pertarungan Tinju, Enggan Mohon Maaf Isu Hina Pelajar Seni
Walaupun berlangsung di lokasi berbeza, perlawanan tersebut berjaya menarik perhatian ramai menerusi siaran langsung di platform TikTok. Dalam aksi yang dinanti-nantikan itu, DMA Islam dilihat mengalami kekalahan ketara selepas gagal menyaingi kekuatan lawannya, Abang Koroy.
Pertarungan yang dijadualkan berlangsung selama lima pusingan terpaksa dihentikan lebih awal apabila DMA Islam tidak dapat meneruskan perlawanan. Abang Koroy dinobatkan sebagai pemenang dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.
![]()
Kekalahan DMA Islam turut mencetuskan reaksi netizen yang menjangkakan beliau akan memohon maaf atas kenyataan lamanya yang menghina pelajar dalam bidang Komunikasi, Media, Teater, Muzik dan Tarian. Namun, jangkaan itu meleset apabila DMA memilih untuk tidak mengemukakan sebarang permohonan maaf.
Sebaliknya, ketika disoal hos acara, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai, DMA Islam dilihat mempertahankan pendiriannya sambil mengeluarkan kenyataan berbaur provokatif, sekali gus mengecewakan ramai pihak.
Kredit: TikTok 9ineagency, Sinar Harian