fbpx

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak memberi teguran terhadap seorang doktor Klinik Kesihatan Menglembu selepas mereka gagal memberi layanan profesional terhadap pesakit di klinik berkenaan dengan memanggil dua pesakit kanak-kanak dengan panggilan ‘ekor’.

JKN Perak Beri Teguran Kepada Doktor Terbabit

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Berita Harian, Pengarah Kesihatan Negeri iaitu Dr Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa teguran terhadap doktor berkenaan dibuat supaya mereka dapat berkomunikasi secara profesional dan melakukan pemeriksaan klinikal yang baik terhadap semua pesakit di klinik.

Difahamkan terdapat seorang pesakit kanak-kanak yang mengalami demam, batuk dan selesema yang hadir ke klinik terbabit untuk menerima rawatan. Bagaimanapun, kualiti rawatan dan tahap komunikasi yang disampaikan oleh pegawai perubatan kurang memuaskan.

Dr Sirajuddin turut menambah bagi memastikan tahap perkhidmatan yang baik dan mengelakkan kejadian sama berulang, JKN Perak sudah mengarahkan supaya Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Menglembu menjalankan audit klinikal secara berkala.

Ibu Pesakit Terkilan Dengan Layanan Yang Diterima

Selepas tular sebuah video yang memaparkan seorang ibu terkilan apabila mendakwa dirinya menerima layanan buruk daripada seorang doktor di sebuah Klinik Kesihatan yang dikunjunginya, isu tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Wanita berkenaan turut meluahkan bahawa pegawai perubatan yang bertugas pada ketika itu dikatakan bersikap kurang profesional kerana tidak memberikan sebarang pemeriksaan terhadap dua anaknya yang sudah demam sejak tiga hari selain terkilan apabila mendengar pegawai perubatan tersebut membahasakan diri kepada kedua-dua anaknya yang sakit itu dengan panggilan ‘budak dua ekor’.

“Apa yang buatkan hati (saya) ini tersentak adalah tiba-tiba dia (pegawai perubatan) cakap ‘itu budak dua ekor, ajak masuk sekali dalam’ sambil dia gelak-gelak ya semua.

“Persoalannya, adakah etika seorang doktor memang macam itu ya? Melayan pesakit macam itu. Kita penat-penat beranak, boleh pula dia ber ‘ekor’ kan anak kita…. Ingat aku beranak anak beruk ke apa,” tulisnya di ruangan TikTok.

Kredit: Berita Harian, FB Fatin Nur Syafiqah

[fbcomments]