Seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia meninggal dunia pada Isnin lalu dipercayai kerana keletihan.

Berita sedih ini telah disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) dan juga balu Allahyarham di Facebooknya.

Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya.

Difahamkan ini adalah gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Malah beliau turut dimaklumkan telah tertidur ketika bertugas dan pengsan sebelum meninggal dunia akibat keletihan.

Malah menerusi beberapa hantaran di Facebook, difahamkan kesihatan Allahyarham mula merosot awal Disember lalu, sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.

Sumber : Astro Awani, Metro

[fbcomments]