Siapa yang tak kenal dengan Wak Doyok yang membawa imej berjambang dan ala-ala hipster.

Jika bulan lepas dia telah dikecam kerana penampilan imej dan gayanya, kali ini sekali lagi Wak Doyok menjadi perhatian netizen setelah memuat naik gambar produk terbaru yang merupakan minyak wangi.

Minyak wangi yang diberi nama ‘Dosa’ itu telah menarik perhatian netizen dengan rekaan botol yang didakwa mirip dengan minyak wangi ternama iaitu ‘Dior Sauvage’.

Bukan sahaja dari segi rekaan dan saiz botol, bahkan warna botol juga kelihatan sangat sama.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang menyokong usaha Wak Doyok itu. Mereka menyifatkan namanya mudah diingat hingga segelintir netizen berminat untuk membelinya.

[fbcomments]