Kalau korang perasan, sejak kebelakangan ini golongan transgender dilihat semakin berani mendedahkan diri mereka kepada umum. Malah, ada yang mempamerkan tindakan melampau dan keterlaluan dimana bimbang akan menjadi ikutan.\


BACA : “Hanya 30% Saja Tubuh Saya Asli”- Safiey Illias Habis RM2 Juta Buat Pembedahan & Rawatan Kosmetik

BACA : “Kalian Juga Mendapat Saham Dosa Kering” – PU Syed Mohon JAKIM & PDRM Ambil Tindakan Keatas Sajat

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menerusi status di Facebook mengeluarkan kenyataan mengenai inisiatif mendidik golongan transgender.


Dr Zulkifli berkata golongan transgender yang ditangkap perlu diberi pendidikan atau tarbiah untuk memberi kesederan supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan…

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Khamis, 9 Julai 2020

Malah pihaknya turut memberi lesen penuh kepada semua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan dengan sebaiknya dengan syarat patuhi SOP yang telah ditetapkan.

[fbcomments]