Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan dua anggotanya yang dipercayai terlibat dalam pemerasan terhadap seorang lelaki warga asing di Jalan Taming Sari, di sini baru-baru ini.
Video di bawah:
https://x.com/update11111/status/1817865332113223877?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Dua Anggota Polis Ditahan
Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga asing berhubung video tular yang menunjukkan kejadian pemerasan wang oleh dua anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Melalui semakan video yang telah tular tersebut, pihak polis berjaya menahan dua anggota berkenaan dan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan. Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Datuk Hussein Omar Khan menyatakan bahawa kedua-dua suspek telah direman selama dua hari bermula Isnin untuk tujuan siasatan lanjut. Beliau menegaskan bahawa polis kontinjen Selangor tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan atau pegawai rendah yang terlibat dalam jenayah.
Siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa sebarang kompromi.
Kredit: Sinar Harian, X update11111