Dua beradik maut dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanguit Gombak pada Isnin.

Mangsa Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10 dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7 ditemui rentung dalam kejadian itu.

Foto: JBPM

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi.

“Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang termasuk Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ianya dipercayai ibu bapa mangsa tiada di rumah sewaktu kejadian. Mangsa juga dilihat cuba untuk keluar berdasarkan keadaan mayat, namun pintu jeriji dalam keadaan terkunci.

“Kedua-dua beradik itu ditemui rentung pada jam 4.43 pagi tadi selepas kebakaran dapat dikawal sepenuhnya jam 4.13 pagi,”tambahnya.

Kebakaran itu melibatkan rumah teres kelas A berkeluasan 6×24 meter persegi dengan 70 peratus terbakar.

Punca sebenar kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Sinar Harian

[fbcomments]